Posts

Showing posts from October, 2019

KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Image
Konsep Asas Pemikiran Komputasional dapat membantu murid menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Melalui Bidang Pembelajaran ini murid dengan mudah dapat menyelesaikan masalah kompleks melalui teknik leraian, pengecaman corak, peniskalaan dan pengitlakan. Konsep Asas Pemikiran Komputasional ini diajar semasa Tingkatan 1 secara explicit dan kemudiannya dizahirkan secara implicit di dalam bidang-bidang lain semasa di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

KOD ARAHAN

Image
3.1 Persekitaran Kod Arahan        3.1.1 Menggunakan jenis data (integer, boolean, double, char dan string) dalam kod segmen.      3.1.2 Membezakan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen.      3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan:              (i) fungsi input dan output.              (ii) operator perbandingan.              (iii) operator logik.     3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada kod segmen yang dihasilkan dalam penyelesaian              masalah.     3.1.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan jenis data, pemboleh ubah, pemalar dan         operator dalam kod segmen. 3.2 Struktur Kod Arahan      3.2.1 Menghasilkan atur cara yang melibatkan:              (i) struk...

ALGORITMA

Image
2.1 Pembangunan Algoritma       2.1.1 Menulis pseudokod dan melukis carta alir menggunakan              (i) struktur kawalan ulangan (for, while-do) dalam penyelesaian masalah.             (ii) struktur kawalan pilihan bersarang dalam penyelesaian masalah.     2.1.2 Mengesan dan membaiki ralat daripada pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian             masalah.     2.1.3 Menyelesaikan masalah menggunakan psedokod dan carta alir dengan menggabungkan           pelbagai struktur kawalan.

PERWAKILAN DATA

Image
1.1 Sistem Nombor Perlapanan    1.1.1 Membezakan nombor perlapanan dan nombor perpuluhan.    1.1.2 Menukar nombor:             (i) perpuluhan kepada nombor perlapanan.             (ii) perlapanan kepada nombor perpuluhan             (iii) perlapanan kepada nombor perduaan             (iv) perduaan kepada nombor perlapanan.    1.1.3 Menukar pengekodan ASCII kepada nombor perlapanan berdasarkan aksara yang diberi.    1.1.4 Menghubungkaitkan nombor perlapanan dengan pengekodan ASCII yang digunakan dalam             bahasa mesin. 1.2 Sistem Nombor Perenambelasan    1.2.1 Membezakan nombor perenambelasan dan nombor perpuluhan.    1.2.2 Menukar nombor            (i) perpuluhan kepada nombor perenambelasan.         ...

STANDARD KANDUNGAN ASK

Image
Terdapat empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal dalam Kurikulum ASK menengah rendah iaitu Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Kandungan yang terdapat dalam kesemua Bidang ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap Bidang Pembelajaran adalah seperti Jadual 5 berikut: Jadual 5: Bidang Pembelajaran Asas Sains Komputer

OBJEKTIF

Image
KSSM ASK bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. 2. Mengguna, mengesan dan membetulkan kesalahan algoritma dan atur cara menggunakan pemikiran logik dan pemikiran komputasional. 3. Menyelesaikan masalah kompleks melalui pemikiran komputasional menggunakan penyelesaian berteraskan komputer. 4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengkomputeran secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

MATLAMAT

Image
Matlamat Kssm Ask bermatlamat menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pemikiran komputasional. Kemahiran ini dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan algoritma bagi melahirkan murid yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika dalam mengamalkan budaya TMK.

PENDAHULUAN

Image
   Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah.  Dalam Abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu. Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsipprinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaik...