PENDAHULUAN

  

Image result for gambar komputer


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah. 

Dalam Abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu. Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsipprinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa hadapan. 

Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) ASK bertujuan menjadi rujukan utama kepada guru untuk melaksanakan kurikulum ASK di peringkat sekolah. Adalah diharapkan hasrat yang terkandung di dalam kurikulum ASK dapat difahami dan seterusnya dilaksanakan dengan baik oleh guru bagi menyediakan murid yang mempunyai kemahiran pemikiran komputasional yang dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan. 












Comments

Popular posts from this blog

ALGORITMA

KOD ARAHAN

STANDARD KANDUNGAN ASK